Pages

Monday, November 24, 2014

Isu Semasa

Kes: Mahkamah putus enakmen Syariah halang lelaki berpakaian wanita tidak berperlembagaan
 Komen saya mengenai isu keputusan Mahkamah Rayuan berhubungan dengan kes transgender: lelaki berpakaian wanita, ini akan membawa kebimbangan dalam kalangan orang islam yang terdiri daripada masyarakat melayu.
Perkara ini perlu dipandang serius untuk mengelak kesan buruk pada jangka pendek dan jangka panjang. Malahan, kenyataan yang agama islam ialah agama persekutuan. Justeru, Mahkamah Rayuan perlu rujuk atau ambil pandangan mufti dalam kes yang menyentuh hal agama islam.
Bidang kuasa Mahkamah Syariah juga perlu diperkuatkan dan diperkemaskan supaya kes yang berkaitan dengan isu agama islam dapat diselesaikan dengan cara islam.
Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/enakmen-syariah-ns-langgar-perlembagaan-putus-mahkamah-rayuan

Lagu



Lirik Lagu Srikandi Cintaku - Bloodshed

Dingin malam tirai kenanganku
Menyerlahkan sekurun ingatan
Terciptalah rimba kehidupan
Percintaan dalam perjuangan
Kesetiaan sebagai bekalan
Bisikan penuh pengharapan
Tiada garis dapat memisahkan
Segalanya kudratMu Tuhan

Alam bagai mengerti
Segala yang terjadi
Embun menitis penuh simpati
Pertemuan tiada awal akhir
Perutusan berdarah ku terima
Gugur kuntum di tengah halaman
Medan ini kurasakan sepi
Terpaku pilu

Ku semaikan pepohon kemboja
Yang bunganya adalah hati ku
Semadilah dalam kedamaian
Semangatku tetap bersamamu

Kan ku usung oh! jenazah cinta
Semadikan nisan kasih suci
Semangatmu tetap bersamaku
Selama pasti

Debu malam meragut kenangan
Menyedarkan dari lamunanku
Percintaan dalam perjuangan
Kau abadi
Srikandi Cintaku


Komen saya mengenai Lagu Srikandi Cintaku yang dinyanyikan oleh Bloodshed ini adalah pertama kali saya mendengar lagu ini, ia membuatkan saya suka mendengarnya yang memberi kesan dalam kehidupan dan hati saya benar-benar tersentuh mendengar lagu ini.
Pada pandangan saya, lagu ini menandakan tentang seorang perempuan yang cintakan perjuangan dan sentiasa mempunyai semangat yang luar biasa dalam meneruskan kesinambungan hidup di dunia dan akhirat.
Selain itu, perjuangannya menceritakan tentang cinta akan seorang pejuang yang sangat mendalam sehingga dicapai dengan darah jauh lebih mulia dari menyerah kalah.
Malahan, manggambarkan perjuangan menegakkan kebenaran adalah tidak pernah luntur. Ia memberikan cabaran dan kekuatan yang hebat untuk menegakkan kebenaran. Tetapi, sayangnya lagu ini hanyalah tinggal kenangan.
Namun, ini secara pandangan daripada saya dan tidak dapat dibuktikan kesahihannya secara ilmiah.